Friday, October 18, 2013

RIANG RIA BUKIT MERAH LAKE TOWN RESORT - Part 1

Posted by zuhazdotcom


 Cuti raya haji lepas first time family aku beraya di luar kampung halaman. Memandangkan wife aku hanya dapat sehari aje cuti (tu pun cuti wajib pada 1st raya haji). Nak balik kampung memang buat penat jela. So ternoneng2 (bahasa sendiri2 faham la ye!) la kami kat umah tak tau nak pegi mana. Lepas bukak facebook, tengok TV, surf internet, nak tido rasa macam sia-sia la pulak. Time tu tergerak la hati nak bukak drawer kat dalam bilik. Nak tau ape yang aku jumpa??? Jeng..jeng..jeng..!!!!

4 discount vouchers..Yeahh!!

Terjumpa la 4 keping discount voucher ke Bukit Merah Laketown Resort..weaahuuuu!!! Baru la teringat rupanya  voucher ni dah lama wife aku beli masa agen promoter Bukit Merah Laketown Resort ni buat promotion ape ntah kat tempat dia mengajar. Sekeping ni hanya RM10 je tiap-tiap satu. Alang2 dah dapat benda murah ni, cantek sangat la tu kan?? So wife aku tersengaja beli 4 keping dengan total RM40 siap untuk satu family kita orang. Siap call kaum kerabat yang lain sape yang nak kirim. Dalam 15 keping jugak la semua sekali termasuk voucher yang kita orang punye. Kalo tak silap aku la, voucher ni beli dalam bulan Jun 2013 kot. Tapi tak kesah la bila2 pon cuma yang penting last date nak tebus voucher tu dgn free ticket ialah selewat2nya 31 Oktober 2013. Yess!! masih sempat dan ada rezeki untuk kami.

Jadi dah memang takde apa lagi nak buat, aku and wife sepakat la nak berhibur dengan anak2 kat sana. Kalo tak bila lagi nak guna voucher tu. Esok lusa dah nak expired. Daripada membazir, baik la pegi tebus cepat. Bak kata abang aku (Mr McJue) 'Alang-alang' hahaha. Alang-alang dah cuti ni elok sangat la tu. Maka tanggal Sabtu, 12 Oktober 2013 bersamaan 07 Zulhijjah 1434 (dah mcm penyimpan mohor besar pulak huhuhu) bertolak la kami ke sana lebih kurang jam 2 petang. Anak-anak aku la yang paling sibuk. Sibuk ape? sibuk duk bertanya nak pegi mana, nak buat ape, best ke, ada air terjun ke. Adoii penat pakcik nak menjawabnye dik oi. Nak harap bundenye yang menjawab jgn harap la. Paling hebat jawapannya, "Pegi tanya Abah!" Aku la yang terpaksa jadi bahan rujukan dan kaunter pertanyaan anak-anak. Tapi tu la my Luvly Son Ayin, anak sulung aku yang berumur 4 tahun 11 bulan (Memang seorang yang banyak bercakap sampai kadang-kadang Tok Wan dia pon surrender jgk :-P ). Adik lak, Eisya anak 2nd aku rilek je. Yela, baru umur 1 tahun kann, bukan tau ape2 pon huhuhuh. Orang gelak dia pon gelak. Olololo!! So cute baby :-)

My Luvly Ayin & Eisya

Perjalanan ke sana dari rumah aku lebih kurang 25 minit je thru PLUS highway. Exit tol Bukit Merah, dalam 500 meter ke kanan terus sampai ke Bukit Merah Lake Town Resort. Dua kali pusing tapak parking, finally dapat jugak parking yang paling dekat dengan pintu masuk resort. Kena cari yang dekat2 sikit, al maklum la ada 'mak buyung' huhu. Sian nanti my wife yang dah sarat sangat tu. Inshaa Allah kalo ada rezeki bulan Disember 2013 nanti akan muncul 'The brand new' pewaris aku yang seterusnya. Doa-doakan lah isteri aku selamat bersalin dengan mudah nanti ye. Amin Yaa Rabbala'lamin.

<To be continue Riang Ria Bukit Merah Lake Town Resort Part 2>

0 comments: