Tuesday, November 5, 2013

Sabun Ajaib : Marine Essense

Posted by zuhazdotcom

Alhamdulillah. Syukur pada Allah SWT coz masih lagi memanjangkan umur kita. Selawat dan salam atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.

Dah lama rupanya aku tak menjengah ke blog zuhazdotcom ni. Kebetulan kesihatan diri sendiri dan keluarga kurang memuaskan. Mula-mula anak sulung yang demam, tapi last2 berjangkit kat aku pulak. Sekarang ni pun masih lagi batuk2 dan selsema. Mungkin faktor cuaca sekarang ni yang tak menentu. Macam-macam penyakit la sekarang ni kan!! Harap semua hati-hati dan waspada anak-anak. Pastikan kesihatan dorang ni sentiasa tip top.

Bercakap pasal kesihatan ni, nak dijadikan cerita aku tergerak hati nak bercerita satu makhluk hijau mcm makhluk asing ni. hahaha. Tapi dia wangi. hahah Suspen!! tadaa!! ni la bendanye yang aku nak kongsikan hari ni


Dah kenape nak citer pasal sabun lak ni?? hehe. Saje buang tebiat! Bukan lah. Aku nak citer pasal sabun ni hebat sangat sekarang ni. Kalau dalam internet melambak-lambak orang bercerita pasal 'keajaiban' dan khasiat dia. Tapi bukan buat jampi2. Guna macam sabun biasa kita pakai tu jugak la. Tapi nak tekankan kat sini khasiatnya yang berbeza dari sabun2 yang kita pakai kat umah sekarang ni.

Jom kita siasat apa la yang hebat sangat sampai dengar kata orang duk berebut-rebut nak beli dalam online ni. Jadi jenis kita ni suka menyelidik, so bermulalah penyelidikan aku ala-ala profesor bidan terjun. hahaha.
Apa maklumat yang aku dapat akan aku bongkarkan satu per satu kat sini biar satu dunia tahu
KITA TerJAh..Wahhh..!!

Marine Essense ni rupanye adalah sabun daripada campuran garam buluh yang memang kita ketahui khasiat yang ada pada garam buluh untuk kesihatan tubuh badan manusia kan. Tapi paling best ramai yang panggil sabun ni 'sabun ketiak' hahaha. Mula2 pelik jugak ingatkan rupa dia mcm ketiak kita hahahah. hadoi. Tapi bukan rupanye. Sebenarnya orang gelar macam tu sebab kebolehan sabun marine essense untuk memutihkan ketiak kita yg hitam tu. Hitam sebab daki ke sebab kulit ke tak kesah la (cuba selak ketiak masing2 kejap..Gelapkan?? Bulu panjang?? no comment!)


 Tapi yang lebih buat aku teruja ialah sabun ni boleh merawat Eczime. Sebab dulu anak aku pon pernah jugak terkena peyakit kulit Eczime ni. Masa tu merata tempat aku cari ubat. Lepas satu klinik satu klinik masuk. Hilang kejap lepas tu ada balik. Kesian sangat kat anak masa tu tengok sampai melecet kulit dia duk menggaru. Baby 3 bulan tau. Menangis je manjang sebab tak tahan dengan eczime ni. Kata orang2 tua, eczime ni panas dan gatal. Lagi berpeluh lagi bertambah gatalnya. Sedih aku tengok anak bongsu kesayangan tu. Surf dalam internet siap bgtau eczime ni memang susah nak cari penawar dan kadang-kadang penyakit ni membawa sampai ke besar anak-anak kita. Ada satu forum tu bgtau anak dia sampai umur 6tahun eczime anak dia baru sembuh. Bayangkan berapa lama anak kita menanggungnya.

Ni la si baby ku yg kena eczime. Habis pipi belah kiri.
Tapi tu cerita dulu la, masa aku tak tau lagi wujudnye sabun marine essense ni. Tapi mungkin info aku ni boleh membantu ibu bapa kat luar sana yang mempunyai masalah macam aku dulu kan. Dapat jugak pahala membantu sesama manusia.

Cuba tengok real testimoni ni



  Bertuah lah anda wahai ibu bapa. Penawarnya sudah tiba.

Tu salah satu khasiatnya yang bagi aku hebat la. Ni ada lagi kebaikan nya yang lain. Dahsyat sabun marine essense ni ye!


  • Kulit kering. Nak tau korang try cakar kulit kt tgn ke kaki tu nampak putih putih cam kene kapur tu kan. Haa tu sah laa korang ada masalah kulit kering. So this soap will help to mosturize ur skin
  • Tumit pecah. Hodoh amat kn kalo nk pakai sliper tapi tumit pecah. so bleh amek yang liquid ni buat mandi. in shaa Allah slowly and gradually rekahan n pecah tu akan kurang.
  • Jerawat di badan. As i said earlier walau pn dapat d kaver dgn baju tp still hati tau kn ? so bia laa cantik luar dan dalam =)
  • Daki degil. yg rasa-rasa mmg nk kene sental baru bleh ilang tu maka anda wajib beli sabun ni. Especially kaum lelaki yang berdaki d leher =( Isteri-isteri yang concern please buy this for ur hubby.
  • Sesapa yang ada bau badan 'nanges' tak best tau bila ada bau badan ni. Orang lemas dan rimas. Tp tk ckp kt kite. hmm if kwn2 ada among ur circles yang ada problem bau badan plis plis buy this for them. hadiah persahabatan =) 
  • Yes last but not least. ladies with armpit/celah peha/lutut n mana mana pelipat yang gelap. U will not regret if u have this soap on ur shelves. walau pn nampak cam remeh armpit kan. tp still muka cantik tp ketty hitam is no~no~

Terujakan?? Nak senang citer dan memudahkan kerja kalo rasa nak cuba sabun marine essense ni boleh contact aku la ye.

Nak beli borong sabun marine essence ni pun boleh. 
Sebab kalau uol nak tau dengan sabun cerah ketiak ni je pun uol boleh dapat extra income 5-7k per month tau. Permintaan untuk sabun marine essence ni memang tengah hotttttt!

Pada yang cepat dan bijak amik peluang memang akan dapat punye income lebih dari gaji makan gaji. Sesuai sangat lah product ni untuk yang nak jadi ahli SOHONISTA (Small Office Home Office) dengan berniaga online hanya dengan gunakan internet dan boleh jana pendapatan dari rumah.
ZUHAZ 019 9392 656
sms/whatsapp







Friday, October 18, 2013

RIANG RIA BUKIT MERAH LAKE TOWN RESORT - Part 1

Posted by zuhazdotcom


 Cuti raya haji lepas first time family aku beraya di luar kampung halaman. Memandangkan wife aku hanya dapat sehari aje cuti (tu pun cuti wajib pada 1st raya haji). Nak balik kampung memang buat penat jela. So ternoneng2 (bahasa sendiri2 faham la ye!) la kami kat umah tak tau nak pegi mana. Lepas bukak facebook, tengok TV, surf internet, nak tido rasa macam sia-sia la pulak. Time tu tergerak la hati nak bukak drawer kat dalam bilik. Nak tau ape yang aku jumpa??? Jeng..jeng..jeng..!!!!

4 discount vouchers..Yeahh!!

Terjumpa la 4 keping discount voucher ke Bukit Merah Laketown Resort..weaahuuuu!!! Baru la teringat rupanya  voucher ni dah lama wife aku beli masa agen promoter Bukit Merah Laketown Resort ni buat promotion ape ntah kat tempat dia mengajar. Sekeping ni hanya RM10 je tiap-tiap satu. Alang2 dah dapat benda murah ni, cantek sangat la tu kan?? So wife aku tersengaja beli 4 keping dengan total RM40 siap untuk satu family kita orang. Siap call kaum kerabat yang lain sape yang nak kirim. Dalam 15 keping jugak la semua sekali termasuk voucher yang kita orang punye. Kalo tak silap aku la, voucher ni beli dalam bulan Jun 2013 kot. Tapi tak kesah la bila2 pon cuma yang penting last date nak tebus voucher tu dgn free ticket ialah selewat2nya 31 Oktober 2013. Yess!! masih sempat dan ada rezeki untuk kami.

Jadi dah memang takde apa lagi nak buat, aku and wife sepakat la nak berhibur dengan anak2 kat sana. Kalo tak bila lagi nak guna voucher tu. Esok lusa dah nak expired. Daripada membazir, baik la pegi tebus cepat. Bak kata abang aku (Mr McJue) 'Alang-alang' hahaha. Alang-alang dah cuti ni elok sangat la tu. Maka tanggal Sabtu, 12 Oktober 2013 bersamaan 07 Zulhijjah 1434 (dah mcm penyimpan mohor besar pulak huhuhu) bertolak la kami ke sana lebih kurang jam 2 petang. Anak-anak aku la yang paling sibuk. Sibuk ape? sibuk duk bertanya nak pegi mana, nak buat ape, best ke, ada air terjun ke. Adoii penat pakcik nak menjawabnye dik oi. Nak harap bundenye yang menjawab jgn harap la. Paling hebat jawapannya, "Pegi tanya Abah!" Aku la yang terpaksa jadi bahan rujukan dan kaunter pertanyaan anak-anak. Tapi tu la my Luvly Son Ayin, anak sulung aku yang berumur 4 tahun 11 bulan (Memang seorang yang banyak bercakap sampai kadang-kadang Tok Wan dia pon surrender jgk :-P ). Adik lak, Eisya anak 2nd aku rilek je. Yela, baru umur 1 tahun kann, bukan tau ape2 pon huhuhuh. Orang gelak dia pon gelak. Olololo!! So cute baby :-)

My Luvly Ayin & Eisya

Perjalanan ke sana dari rumah aku lebih kurang 25 minit je thru PLUS highway. Exit tol Bukit Merah, dalam 500 meter ke kanan terus sampai ke Bukit Merah Lake Town Resort. Dua kali pusing tapak parking, finally dapat jugak parking yang paling dekat dengan pintu masuk resort. Kena cari yang dekat2 sikit, al maklum la ada 'mak buyung' huhu. Sian nanti my wife yang dah sarat sangat tu. Inshaa Allah kalo ada rezeki bulan Disember 2013 nanti akan muncul 'The brand new' pewaris aku yang seterusnya. Doa-doakan lah isteri aku selamat bersalin dengan mudah nanti ye. Amin Yaa Rabbala'lamin.

<To be continue Riang Ria Bukit Merah Lake Town Resort Part 2>

Wednesday, October 16, 2013

BB PLUS COLLAGEN

Posted by zuhazdotcom

kolagen ajaib - BB PLUS COLLAGEN



Zuhaz pasti semua orang terutamanya wanita ingin kelihatan cantik kan??

Salah satu kriteria seseorang yang kelihatan cantik ialah mempunyai perwatakan lemah lembut, personaliti yang menarik dan yang paling penting mempunyai kesihatan kulit.

Kulit kusam, berkedut, gelap akan membuatkan seseorang individu itu kelihatan tua walaupun dia seorang yang mempunyai bentuk badan yang menarik. Itu tidak menjamin yang seseorang wanita itu dilihat sebagai 'Wanita cantik'.

Pelbagai cara mudah untuk anda menjaga luaran kesihatan kulit anda. Antaranya penggunaan 'masker', 'cleanser', moisturiser dan bermacam-macam lagi la cara (terlalu banyak untuk dinyatakan)

PERSOALANNYA bagaimana pula dengan kesihatan dalaman kulit anda?

Alhamdulillah!!!

Pelbagai produk yang muncul di dalam pasaran sekarang ini tapi mana satu nak pilih?? mana satu yang berbaloi-baloi untuk dibeli dan kesan yang mengujakan?

Zuhaz ingin memberi cadangan kepada anda untuk mencuba BB PLUS COLLAGEN

Apa benda BB PLUS COLLAGEN ni zuhaz??
Ni nak cerita.

BB PLUS COLLAGEN mengandungi peptida kolagen yang tinggi untuk mengganti dan membina semula rantaian kolagen yang diperlukan

untuk menjadikan kulit anjal, lembab, tegang dan gebu menawan. Rasa enak campuran ekstrak blackcurrant 100% dan jus roselle berkualiti tinggi serta kolagen ikan yang tidak berbau.

Apa akan jadi pada kulit nanti??

1. BB PLUS COLLAGEN akan menjadikan kulit wajah berseri dan cerah
2. BB PLUS COLLAGEN akan menjadikan kulit lebih anjal dan tegang
3. BB PLUS COLLAGEN akan menjadikan kulit lebih halus dan gebu
4. BB PLUS COLLAGEN akan menjadikan kulit lebih lembab 
5. BB PLUS COLLAGEN akan menjadikan kulit lebih licin serta kurang garis halus dan kedutan
6. BB PLUS COLLAGEN akan menjadikan kulit lebih cepat sembuh dan pulih
7. BB PLUS COLLAGEN akan menjadikan kulit kurang kesan kerosakan akibat sinaran matahari

Bagaimana BB PLUS COLLAGEN Bertindak?

Mod tiga tindakan:
1. Memulih  - Menggalakkan pembersihan mikro, menggantikan peptida kolagen bagi
                         rantaian kolagen yang telah rosak ataupun lemah
2. Membina - Menguatkan dan melindungi rantaian kolagen melalui proses antioksida 
3. Memperbaharui -  Menggalakkan pertumbuhan dan penghasilan sel kolagen baru

Dos apakah yang efektif?
 

Hanya 1 paket (5g) setiap hari untuk memiliki kulit muda yang cantik dan mulus. Proses hidrolisis menghasilkan peptida (3,000 saiz Dalton) yang sedia diserap.

Bagaimanakah dengan aksi perlindungan antioksida tambahan?
Jus blackcurrant mengandungi anthocyanin untuk melindungi kulit muka dan badan daripada sinaran UV dan radikal bebas. Ekstrak biji anggur dengan OPC (oligomeric proanthocyanidins) mengurangkan ketidakselesaan kulit serta menggalakkan penyembuhan kulit. Vitamin C dan roselle menguatkan rantaian kolagen, melindungi kolagen di dalam dermis kulit dan menggalakkan proses sintesis

Bagaimanakah BB PLUS COLLAGEN dapat meningkatkan kualiti kulit?
 

Serat epal dan inulin (serat diet) menggalakkan pencerahan kulit melalui proses detoksifikasi.

Bagaimanakah BB PLUS COLLAGEN dapat membantu mengurangkan ketidakselesaan penyakit sendi?
Peptida kolagen ikan adalah sumber Kolagen Jenis 2 yang baik dan merupakan komponen utama dalam rawan untuk membantu mencegah keradangan yang disebabkan oleh rheumatism and osteoarthritis.
Pengambilan BB PLUS COLLAGEN yang berterusan setiap hari akan menjamin kesihatan keseluruhan badan penggunanya.

Macamana nak gunakan BB PLUS COLLAGEN?
 

Campurkan 1 paket BB Plus ke dalam 150ml air bersuhu bilik. Elakkan daripada menggunakan air panas. Kacau dan sedia diminum.

Pengambilan terbaik adalah sebelum makan ataupun sebelum tidur.
Sesuai untuk pesakit diabetes. Warna, rasa dan tekstur produk dalam setiap kelompok mungkin berlainan disebabkan oleh ramuan asli yang digunakan.  Tanpa Gula dan Kolesterol
Gula gantian semulajadi dengan Indeks Glisemik yang rendah digunakan untuk memenuhi keperluan mereka yang mempunyai masalah jantung dan diabetes.

Apa bahan-bahan yang ada di dalam BB PLUS COLLAGEN ni?
 

Hasil pemerhatian dari zuhaz, ia menggunakan bahan-bahan semulajadi. Antaranya:
1. Kolagen ikan terhidrolisis
2. ekstrak biji anggur
3. Vitamin C
4. jus bunga roselle
5. jus buah blackcurrant
6. serat epal
7. inulin.

Boleh percaya ke BB PLUS COLLAGEN ni zuhaz?
 

Apa yang zuhaz boleh katakan, segala ketentuan itu hanya dari ALLAH tapi tidak salah untuk kita mencuba ka arah hasil yang

lebih baik kan? Kat bawah ni ada beberapa pengalaman dan hasil mereka yang dah menggunakan BB PLUS COLLAGEN ni:

Ini ialah kawan baik Zuhaz Pn Nur yang merupakan pengguna tegar BB PLUS COLLAGEN. Nampak ketara sangat kan perbezaan wajah dia sebelum dan selepas menggunakan BB PLUS COLLAGEN :-)



Haaa. Jangan ingat BB PLUS COLLAGEN ni sesuai untuk wanita sahaja tau. Lelaki pun sangat-sangat sesuai. Takkan taknak tengok pakwe atau suami kita jadi hensem macam ni kan? Bagi je hadiah BB PLUS COLLAGEN ni kat dorang.


Bagaimana harganya zuhaz?
 

BB PLUS COLLAGEN didatangkan 20 sachet dalam 1 kotak yang berharga = RM180.00 sahaja (tidak termasuk kos pos bagi yang order online la)

Kat mana nak dapatkan BB PLUS COLLAGEN ni?
 

Tak payah susah-susah pakai baju cantik-cantik, make up lawa-lawa nak keluar rumah beli BB PLUS COLLAGEN ni. Zuhaz boleh bantu anda untuk membelinya dan zuhaz akan pos terus ke rumah anda.

Anda cuma perlu:

“Bank in” ke dalam Nombor Akuan yang dipaparkan dibawah atas nama ZUL HAZLIE NGAH

Maybank Nombor Akaun: 11 222 306 2907
CIMB Bank Nombor Akaun: 123 700 647 405 28

Catatan: Jika membuat pembayaran melalui Transfer akaun, sila masukkan email





Apabila telah bankin atau transfer, sila sms butiran dibawah:

a. Nama

b. Alamat Penerima

c. Jenis Produk

d. Jumlah dibankin/Transfer

d. Tarikh Bankin/Transfer

HANTARKAN SMS TERSEBUT KE:





Contoh SMS

MOHD NAJIB BIN ABD RAHIM. 42B, JLN BUNGA ROS, KG.MELAYU MAJIDEE, 81000 JOHOR BAHRU, JOHOR. BB PLUS COLLAGEN. RM180.00 / 20.1.12

Senangkan?? jadi tunggu apa lagi?? cepat sms kat zuhaz SEKARANG juga. Sementara stok BB PLUS COLLAGEN masih ada :-)

Saturday, October 12, 2013

FADHILAT SOLAT DHUHA

Posted by zuhazdotcom

kelebihan Sembahyang Dhuha


Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”(Riwayat Ahmad)


Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.
Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)


Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)


Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikan yang sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).

Thursday, October 10, 2013

Wanita dan Kereta..

Posted by zuhazdotcom

Assalamualaikum dan selamat pagi jumaat. 

Ada yang bermimpi keta idaman ke malam tadi?? Tengok lagi sekali kat sini <klik disini> kalo masih belum bermimpi. Kalo tak, boleh jugak tgk kat magazine motor trader ke ape ke.

Biasa kalau kita tengok lelaki yang bawak keta-keta mewah ni. Tapi kalo terlihat wanita yang memandu biasanye apa yang ada dalam kepala anda?? hahahahah


  Apa kata wanita-wanita diluar sana???? tak kisah la apa dorang nak kata kan!! Keta aku punye. Siap beli cash lagi tau. Bukan 2nd hand atau dapat kat magazine motor trader. huhuhu.



Cuba kita jenguk kat oversea jap..!!

Wow, ini satu kebanggaan buat kaum wanita apabila kini sudah ada wanita yang menjadi pegawai polis yang terpantas. Kalau kebiasaannya kereta supercar mahal di monopoli oleh golongan lelaki tetapi lain di Emiriah Arab Bersatu apabila Penguatkuasaan undang-undang Dubai dipindahkan ke supercars mahal.

baru-baru ini bandar terbesar di jabatan polis dari Emiriah Arab Bersatu telah dilengkapi dengan armada kereta Lamborghini Aventador, kuasa enjin 700 kuasa kuda. Kini polis wanita kumpulan pertama menerima 4 Ferrari baru .  

Polis wanita ini menerima latihan khas terlebih dahulu untuk memandu kenderaan jenis ini . Ferrari FF dari 0 ke 100 km / h hanya dalam masa tiga setengah saat, dengan harga kereta setengah juta dolar.



wahh. Beruntung ye dorang ni...!!

Wednesday, October 9, 2013

Cita-cita dan Perniagaan

Posted by zuhazdotcom

AKU YANG DULU BUKAN YANG SEKARANG ........ Tegar 


Dengar kata ada yang dah pernah nampak model kereta macam ni kata Malaysia. Dorang spotted kat Langkawi kalau tak silap. Agak berapa ye harga sebijik ni? 




Tapi tak mustahil untuk kita milikinya. Terutamanya pada yang berniaga dan ada perniagaan sendiri memang lagi senang nak dapat. Yang makan gaji pun sama ada peluang untuk perolehinya. Tapi kadang-kadang ramai yang bercita-cita memiliki kereta mewah, rumah mewah, semua yang mewah-mewah la tapi hanya sekadar cita-cita. Tidak ada sebarang usaha pun untuk kita mengejarnya. Ada yang kata nasib kita tak sama, nasib kita lain-lain, tapi kalo ada peluang yang mudah untuk kita mendapatkannya agak ramai tak yang nak? Sape nak angkat tangan !!!!